Rabu, 5 Februari 2020

Hikmah dalam sesuatu

Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmahnya. Firman Allah dalam satu hadis qudsi: Aku di sisi sangkaan hamba-hambaku denganku.

Jadi,sentiasalah bersangka baik walau apa pun yang berlaku. Tak kiralah musibah ke, nikmat ke. Kita mesti bersangka baik terhadap Allah kerana apa yang ditakdirkan ke pada kita itu sangat indah. 

   Jangan kerana perkara yang kita nak tak dapat, kita merungut. Mungkin hari ni kita tak dapat belajar di satu sekolah idaman kita, tapi siapa tahu yang sebenarnya Allah nak menyelamatkan kita dari bahaya di sana. 

Khamis, 23 Februari 2017

Sahabat sejati

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Selama ini
Sudah ku temui

Sahabat ialah orang yang rapat dengan kita. Mereka adalah orang yang membantu kita ke arah kebaikan. Bersama ketika susah dan senang. Sahabat sejati sememangnya susah untuk dicari. Sahabat ini satu dalam sejuta.

Andai kita miliki seorang sahabat yang benar-benar sejati dalam hidup anda. Ketahuilah berapa beruntungnya diri memiliki sahabat yang sejati.

Allah berfirman di dalam surah al- Hujurat

إنما المؤمنون اخوة
Bermaksud: Sesungguhnya orang islam itu bersaudara

Ukhuwah ini terjalin kerana Allah. Tidak kerana harta dan tidak kerana rupa. Jauh sekali kerana populariti. Apabila kita niatkan sesuatu kerana Allah,lakukanlah dengan betul-betul.😎😎

Jadilah kawan yang sentiasa ada untuk kawannya.

Ahad, 19 Februari 2017

Cinta

Cinta adalah fitrah bagi seluruh manusia yang hidup. Tiada yang akan terlepas daripada gelombang cinta ini. Tapi, ramai yang memilih cinta kepada manusia.

Cinta kepada manusia ini fitrah manusia. Tapi,jangan jadikan cinta manusia yang utama. Jadikan cinta Allah yang utama. Kerana Allah ialah tuhan kamu. Allah ialah رب الواحد. Tuhan yang satu. Tuhan yang maha esa. Andai tidak kerana Dia, nescaya kita berada dalam keadaan yang begitu jahil dan jauh dari agamaNya.

Cinta yang kedua selepas Allah ialah cinta kepada Rasulullah. Baginda ialah اسوة حسنه. Baginda adalah contoh yang terbaik buat kita semua. Baginda seorang yang penyabar,lemah lembut dan baik hati. Pernah suatu ketika  baginda berjalan, ada seorang lelaki menarik selendang yang di pakai di leher Nabi s.a.w lalu berkata " Berikan aku sebahagian harta Allah,". Selendang yang di pakai Rasulullah pada ketika itu kasar. Nabi tidak marah kepada lelaki itu tetapi baginda ketawa lalu memberikan lelaki itu suatu pemberian.

Ada suatu kisah yang lain ketika Nu'man yang lurus menyembelih unta orang lain kerana di usik oleh beberapa orang di masjid. Rasulullah tidak marah kepada Nu'man bahkan Rasulullah ketawa apabila melihat keadaan Nu'man ketika itu. Rasulullah kemudiannya membayar unta itu.

Itu cukup menjadi bukti bahawa Rasulullah merupakan contoh yang baik. Bukan yang baik sahaja, tetapi contoh terbaik kepada seluruh ummat manusia.

Cinta yang seterusnya ialah cinta kepada ibu bapa kita. Merekalah yang membesarkan kita. Yang menjaga makan minum kita adalah mereka. Tanpa mereka siapalah kita. Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan. Dengan penuh kesakitannya, ibu melahirkan kita dengan seksanya. Namun, apabila mendengar suara tangisan kita, ibu merasa tenang.

Ayah pula bekerja seharian untuk mencari nafkah kepada anak-anak. Dengan letihnya ayah berusaha untuk mencukupi keperluan anak-anak.

Utamakan cinta yang ini sebelum yang lain. Jangan letak yang tiga ini di tempat lain. Inilah cinta yang akan membawa kamu ke syurga.

Jumaat, 30 September 2016

Solat

Sesungguhnya solat itu sebahagian daripada kewajipan dalam hidup ini. Allah berfirman dalam surah al mukminun. Berjayalah orang-orang mukmin. Iaitu orang yang di dalam solatnya sentiasa khusyuk.

       Sahabat2 yang saya kasihi,kenapa kita tak mampu nak solat penuh lima waktu. Kenapa? Adakah kerana kita malas? Ataupun kita tak mampu sebab sibuk? Kalau malas ubahlah sikap kita yang malas itu kepada rajin dan berusahalah untuk solat 5 waktu penuh.

       Kalau kita sibuk,cuba cari ruang masa untuk kita solat. Kalau kita busy kerja out station,kita boleh jamak solat kita. Ada dua jenis solat jamak. Jamak takdim dan jamak taakhir.

     Kalau kita sakit,nabi ajar kita yang solat ini ada rukhsahnya. Kalau tak mampu berdiri,duduk. Kalau tak mampu duduk,baring. Kalau tak mampu baring,isyarat mata. Kalau tak mampu,isyarat hati.

      Jadi,kenapa kita tak nak tunaikan solat lagi lepas ni. Allah ada berfirman;Sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perkara keji dan munkar.

Jumaat, 29 Julai 2016

Manisnya nikah

Nikah ialah perkara yang diingini oleh semua yang mempunyai cinta. Nikah ini nikmat yang Allah berikan kepada manusia.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan kamu berpasangan agar kamu berkasih sayang antara kamu" surah Ar-rum.

Daripada kita bercouple mesej 24 jam awak  mana baik kita nikah dengan pasangan yang kita cintai. Kalau kita bercouple,setiap kali keluar dating,pasti dosa yang kita dapat. Tapi,kalau dengan isteri kita yang halal,confirm tak dosa.

Nabi s.a.w pernah bersabda: "sesungguhnya pada nikah itu ada berkatnya,". Jadi,saya galakkan nikah muda agar zina dapat di hindari.

Tapi,kena ada tanggungjawab. Jangan main-main. Jangan curang. Jadilah  suami jadilah isteri yang setia cinta sesama sendiri kerana Allah.

Khamis, 28 Julai 2016

Ingat kepada mati

Allah berfirman dalam al Quran:setiap yang bernyawa pasti menemui maut.
Jadi,tiada yang perlu di banggakan di dunia. Harta tak payahlah nak kumpul sangat. Bukan boleh bawak mati pun. Kalau nak bawa sangat,sedekahkan kepada fakir miskin. Insya-Allah ia boleh bawa.

Tuan-tuan dan puan-puan,bila kita mati,kita akan lihat di mana kita di akhirat. Di syurga ataupun di neraka. Nabi s.a.w bersabda: Kubur boleh jadi taman-taman syurga ataupun lubang-lubang neraka.

Jadi,bersediakah kita untuk menghadapi mati? Saya masih belum bersedia untuk menghadapi mati. Awak bagaimana?

Jadi jangan kita berdoa dengan doa yang sia-sia. Doa yang sia-sia ialah doa di neraka. "Ya Allah! Aku dah nampak. Aku dah dengar. Kembalikanlah aku ke dunia supaya aku dapat melakukan amal soleh,".

Allah tak akan kembalikan kita ke dunia. Kita duduk di neraka dengan penuh penyesalan dan akan tersiksa selamanya

Khamis, 21 Julai 2016

Menerima Nasihat

Apa itu nasihat? Nasihat ialah teguran di atas kesalahan yang kita lakukan. Adakah kita perlu menerima nasihat? Ya,kita perlu menerima nasihat. Kenapa kita perlu menerima nasihat? Kerana nasihat itu sangat berharga bagi orang-orang yang bijak.

Ketika zaman Islam masih lagi belum maju iaitu tahun sebelum hijrah,Rasulullah s.a.w. mengutuskan Mus'ab bin Umair untuk mengajarkan al Quran kepada penduduk Yathsrib(nama Madinah sebelum hijrah).

Semua orang belajar dengan beliau walaupun beliau masih lagi seorang remaja. Tiada yang memandang rendah Mus'ab bin Umair. Semua orang di Yathsrib menerima ajaran am Quran. Baik yang muda mahupun yang tua. Tiada orang tua yang rasa rendah ketika belajar dengan Mus'ab bin Umair.

Tapi zaman Sekarang macam mana? Semua golongan tua tidak suka menerima nasihat daripada golongan muda. Mereka berpendapat yang nasihat golongan muda salah. Ini silap sebenar. Baik tua mahupun muda,kita sepatutnya menerima nasihat yang baik daripada sesiapa pun.

Nabi s.a.w pernah bersabda:"Terimalah nasihat walaupun nasihat itu dari seorang yang jahat." Tak perlu tengok sama ada Ustaz ataupun bukan yang memberi nasihat. Tengok kepada nasihat yang di berikan.

Brother,kalau nak tunggu pak sheikh yang bagi nasihat,sampai tahun depan kau tak akan menjadi manusia yang baik. Walaupun seseorang itu rendah darjatnya yang menasihati kita,terimalah. Jangan nak tunjuk yang kita ni sempurna sangat. Kita sebagai manusia sentiasa lemah. Sebagai manusia,kita perlu saling menasihati supaya kita boleh bersama-sama menjaga antara satu sama lain.